Dakwa ‘Diabaikan’ Tajaan Basikal, Ini Yang Dilakukan Oleh MB Terengganu Kepada Azizulhasni..Yang Buat Ramai Respect!


Selepas menang pingat gangsa di sukan Olimpik Rio baru-baru ini, jaguh sukan berbasikal negara Azizulhasni merakamkan ucapan terima kasih dengan cara yang cukup sinis kepada mereka yang tidak membantu dirinya.


Antara nama yang disebut ialah Menteri Besar Terengganu, Abdul Razif Abdul Rahman. Mengakui tidak mengetahui tentang permohonan yang dilakukan oleh Azizulhasni untuk mendapatkan basikal tajaan basikal, beliau meminta maaf.
Terbaru, satu pertemuan telah dilakukan bagi menyelesaikan perkara ini. Terbaik, harap bantuan yang sewajarnya dapat diberikan kepada mereka yang telah mengharumkan nama negara.

Luahan Azizulhasni


Tidak pernah abaikan – MB Terengganu


Saya tidak pernah mengabaikan anak-anak muda apatah lagi jika mereka telah berjaya membawa nama Terengganu ke pentas antarabangsa. Apa yang berlaku, mungkin kesilapan samada di pihak saya mahupun di pihak yang satu lagi. Namun, segala-galanya telah selesai dan saya berharap agar orang luar tidak lagi memainkan isu ini kerana ianya telah pun selesai. Jangan cuba hidupkan api yang telah padam.
Malah, malam tadi ketika makan malam bersama Fatehah, AzizulHasni dan Hafifi Mansor, saya telah menerangkan apa yang terbuku di hati saya dan saya turut mendengar setiap keluh kesah, cabaran serta pengalaman yang mereka lalui untuk berada di tahap ini sekarang.

Bangga dengan kejayaan


Namun, ikhlas dari hati dan sanubari, saya bangga dengan kejayaan yang dilakarkan oleh Fatehah, Azizul Hasni Awang dan Hafifi Mansor. InsyaAllah, kita akan usahakan janji yang telah dikatakan iaitu untuk membuka satu galeri yang akan mempamerkan semua kejayaan yang telah dicapai oleh anak-anak Terengganu termasuk mereka bertiga supaya generasi akan datang tahu jasa dan bakti yang mereka lakukan untuk negeri tercinta; Terengganu Darul Iman.

Sumber : Ahmad Razif Abd Rahman

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »